Tuesday, February 28, 2012

Ini kehidupan

Tahun ni aku mengajar kelas 1kt5, kelas paling akhir. Pelajar ni menyalin nota di papan hitam amatlah lambat. Aku ajar nouns masuk minggu ke tiga. Mungkin aku agak lemah mengajar kelas lemah,sebab mereka perlukan pengukuhan asas yang amat kuat.

Kelas ini bagi aku adalah realiti kehidupan.

Seorang pelajarnya, Helmi, berambut tidak rata potongannya, kerana potong sendiri rambut, tiada wang nak gunting rambut. Saiful ada sedikit masalah penglihatan, tapi tak mampu nak beli cermin mata.

Tidak tahu membaca..hampir 1/3. Dan Arif, tidak tahu menulis. Dia tidak tahu apa yang ditulisnya.

Khairuddin, berbadan besar, kaki buli, tapi masih boleh dengar kata. Christopher pelajar paling rendah, tapi tidak pernah gentar berhadapan dengan Khairuddin yang 3 kali saiznya, bila Khairuddin cuba membulinya, dia tidak pernah berdiam diri, dia akan lawan! Dia comel, macam kanak-kanak umur 9 atau 10 tahun. Suka aku tengok semangat dia.

Tapi pelajar lelaki dalam kelas ni, gatal ya rabbi. Dah mula mengurat pelajar-pelajar cina yang comel-comel. Sampai pelajar-pelajar cina ni takut dengan mereka.

Paling aku lemah, latihan  5 soalan pun mereka perlukan masa 1 jam untuk siap. Nasib mereka cuma 21 orang. Mengajar mereka tidak boleh ikut sukatan, aku guna buku rujukan darjah 4.

Masa pertama kali aku ajar litterature..

"Okay today we will learn this poem, the river"

mereka senyap.

"err..tahu tak poem?"

"Tak tahu...." ramai -ramai mereka jawab.

"Puisi.." "ooohh"..pelajar melayu mengangguk. Pelajar cina masih ternganga. Ahh parah..aku guna translator dalam telefon genggam..menunjukkan aksara bahasa mandarin pula, macamana aku nak sebut.

Parah.

Wednesday, February 22, 2012

Dua budak nerd

tahun ni dalam kelas aku ada dua budak nerd. Budak nerd ni kalau tingkatan satu, selalu akan jumpa. Mereka ni bukan nerd, tapi mereka ada kekurangan sikit dari segi sosial. Selalunya akibat dari persekitaran, samada terlalu banyak dibiarkan sendirian, dan dari kecil tak digalakkan bersosial, makan perangai mereka akan pelik sikit.

Paling aku tak boleh tahan, budak- budak ni kadang-kadang masih tak tahu nak gosok gigi. Adui, cakap dengan aku nak dekat-dekat tapi bau gigi..tak tahan. Tu belum lagi bau kasut ke bau baju. Terutama budak lelaki aduh.

Dua orang, tahun ni. Tahun lepas nama Dom, tahun ni Chau dengan Sheng.

Chau ni okay lagi, sebab dia jenis gembira je...gelak sesuka hati, kalau orang gelakkan dia, dia gelak juga. Dalam kes ni takpe lagi,sebab dia jenis tak ambil hati sangat. Cuma nanti tingkatan dua nanti baru dia akan mula aware dengan persekitaran dan mula rasa dibuli, tapi yang macamni akan survive dengan sedikit pujukan.

Tapi Sheng ni, dia dah mula bisik-bisik dengan aku, dia tak suka, dia ni selalu, datang dekat aku..lepas tu bisik perlahan-lahan..bagitahu dia tak suka sesetengah pelajar yang suka kutuk dia dibelakang.

Chau, jenis yang gelak-gelak dan selalu teruja nak jawab soalan, lepas tu bila pergi depan selamba je betulkan seluar. Sheng jenis yang senyap, dan marah-marah. Shen ni aku tengok perwatakan dia kuat sebenarnya, dahla otot dia dah terbina dengan baik, badan dia tegap dari pelajar lain. Dan dalam kelas aku, dia dapat markah tinggi selalunya. Cuma aku risau dia akan timbulkan pertengakran didalam kelas. Dia selalu didalam dunianya sendiri, senyum seorang diri dan merenung tempat lain.

Paling kelakar bila aku perkenalkan seorang pelajar baru dalam kelasku yang bernama Aina, aku minta Shen ulang nama pelajar ni. Tersengeh-sengeh..dia menyebut..

"Yong ying ying"

Gelak satu kelas, Yong Ying Ying adalah pelajar perempuan Cina yang paling cantik didalam kelasku, tapi perwatakannya...hmm..jangan haraplah pelajar lelaki yang biasa-biasa ni boleh jadiakan dia makwe. Sama cerita seperti Dom tahun lepas, memuja pelajar paling cantik dikelas..tapi pelajar tu sekadar jadiakan dia bahan ketawa.

So...selamat maju jaya Sheng..untuk memikat gadis paling cantik dalam kelas..

Monday, February 6, 2012

Masalah jantina

mengajar kelas aliran agama, cabaran utama ialah nak buat kerja berkumpulan, yang lelaki macam menyampah dengan perempuan, dan yang perempuan lansung tak nak bergaul. Jadi nak tak nak, jadi cikgu kena fahamkan...ada caranya bergaul.

Tapi tensi juga wooo