Tahun ni aku mengajar kelas 1kt5, kelas paling akhir. Pelajar ni menyalin nota di papan hitam amatlah lambat. Aku ajar nouns masuk minggu ke tiga. Mungkin aku agak lemah mengajar kelas lemah,sebab mereka perlukan pengukuhan asas yang amat kuat.
Kelas ini bagi aku adalah realiti kehidupan.
Seorang pelajarnya, Helmi, berambut tidak rata potongannya, kerana potong sendiri rambut, tiada wang nak gunting rambut. Saiful ada sedikit masalah penglihatan, tapi tak mampu nak beli cermin mata.
Tidak tahu membaca..hampir 1/3. Dan Arif, tidak tahu menulis. Dia tidak tahu apa yang ditulisnya.
Khairuddin, berbadan besar, kaki buli, tapi masih boleh dengar kata. Christopher pelajar paling rendah, tapi tidak pernah gentar berhadapan dengan Khairuddin yang 3 kali saiznya, bila Khairuddin cuba membulinya, dia tidak pernah berdiam diri, dia akan lawan! Dia comel, macam kanak-kanak umur 9 atau 10 tahun. Suka aku tengok semangat dia.
Tapi pelajar lelaki dalam kelas ni, gatal ya rabbi. Dah mula mengurat pelajar-pelajar cina yang comel-comel. Sampai pelajar-pelajar cina ni takut dengan mereka.
Paling aku lemah, latihan 5 soalan pun mereka perlukan masa 1 jam untuk siap. Nasib mereka cuma 21 orang. Mengajar mereka tidak boleh ikut sukatan, aku guna buku rujukan darjah 4.
Masa pertama kali aku ajar litterature..
"Okay today we will learn this poem, the river"
mereka senyap.
"err..tahu tak poem?"
"Tak tahu...." ramai -ramai mereka jawab.
"Puisi.." "ooohh"..pelajar melayu mengangguk. Pelajar cina masih ternganga. Ahh parah..aku guna translator dalam telefon genggam..menunjukkan aksara bahasa mandarin pula, macamana aku nak sebut.
Parah.
1st rule... trust your student..kita di sini untuk membimbing..kalau kita positif dgn mereka, mereka akan positif dengan kita
ReplyDelete