Thursday, March 29, 2012

PBS pengganti PMR

Semalam aku baru pergi kursus 3 hari tentang penataraan PBS tingkatan 1. PBS akan menggantikan PMR.

Apa itu PBS?

PBS ialah penilaian berasaskan sekolah. Ini bermaksud guru memegang 40% markah bagi setiap pelajar yang akan dibawa dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5. Tingkatan 5 akan ada SPM. Setakat ini perancangan PBS adalah hanya hingga tingkatan 3.

Bagi subjek seperti PJK, tak silap aku 100% markah adalah bergantung pada guru.

Penilain berasaskan sekolah adalah mengikut BAND. Pelajar akan dinilai mengikut keupayaan mereka setelah guru membentuk kemahiran kepada pelajar.

Contohnya..tak silap aku, kerana aku belum hafal lagi penilaian maksud setiap band. Band 1, bermaksud pelajar TAHU. Sekiranya pelajar lepas BAND ini pelajar akan diberi markah band 1. Band 2, tahu dan faham, Band 3, tahu,faham dan amal. Hinggalah Band 6, dimana pelajar boleh mengaplikasikan kemahiran itu dan memberi kefahaman menggunakan kemahiran itu kepada orang lain dengan kreatif.

Contoh: Band 1.

Mengenali peralatan seni lukis. contoh: tahu itu adalah berus lukisan.

Contoh Band 2.

Mengenali dan memahami tentang peralatan seni lukis itu. Contoh itu adalah berus lukisan dan tahu kegunaannya.

Contoh Band 3.

Mengenali dan memahami tentang peralatan seni lukis dan tahu menggunakannya. Contoh, tahu menggunakan berus lukisan untuk melukis, bukannya untuk digunakan membaling pada kawan sebelah.hehe.

Dalam bahasa, kemahiran asas adalah lebih luas lagi. Setiap kali selepas topik yang diajar berakhir, guru akan memberi latihan untuk mengenal pasti samada pelajar tersebut menguasai kemahiran itu, dan lepas tu guru akan key in secara online, bahawa pelajar ini dah menguasai kemahiran itu. Dia akhir tahun, semua kemahiran yang disempurnakan oleh pelajar akan dirumuskan oleh sistem lembaga peperiksaan dan akan diletakkan band yang sesuai.

Bagi bidang bahasa, ada 60% markah yang datang melalui tugasan untuk PBP, iaitu penilaian berasaskan pusat. Pelajar akan diberi tugasan mengikut tempoh tertentu, dan markah akan dihantar kepada pusat, masa ni guru akan dilawat oleh pegawai-pegawai dari Lembaga Peperiksaan untuk markah pelajar distandardkan.

Ini bermaksud..kalau pelajar tak datang sekolah..pada waktu-waktu penting tu, pelajar takkan dapat menyiapkan tugasan..dan akan merendahkan BAND pelajar. Jadi, jika anak anda suka ponteng sekolah..tahniah diucapkan.

Pendapat aku mengenai PBS, pening sebab belum dilaksanakan, bila dah dilaksanakan..kebaikan ada pada pelajar..dimana mereka tidak lagi dinilai sekadar satu hari peperiksaan, dan pelajar dinilai mengikut kemahiran ..bukan lagi hafalan. Pada guru...ya banyak cabaran.

Pada ibu bapa? Sedialah menerima perubahan. Itupun kalau pilihanraya akan datang tidak mengubah dasar ini. Seperti biasa, lain menteri lain dasar...ye idak.

Saturday, March 24, 2012

Budak Kelantan

Pelajar lelaki yang sedang berdiri tu nama dia Nik. Sekarang ni dia tingkatan 3. Masa dia tingkatan satu dia selalu mengamuk di dalam kelas,disebabkan pelajar lain suka mencabarnya dengan gelaran budak kelantan. Yelah negeri aku diperintah :BN, anak-anak muda yang tak tahu apa pun dah belajar berpolitik. Dan nik ni pula ada masalah mengawal panas baran. Dengan suara yang memang lantang..selalulah jadi pergaduhan mulut didalam kelas tu. Tapi taklah sampai gaduh fizikal...masih boleh dikawal.


Dengan guru dia amat baik.


Lalu masa tingkatan dua..aku lantik dia jadi pengerusi silat. Dan aku minta dia latih pelajar-pelajar tingkatan 1. Sejak itu teriak pekik dia mula berguna..agar budak-budak silat tak leka dan serius waktu latihan.


Tahun lepas dia masuk jurus wajib. Dapatn tempat ketiga. Tahun ni aku lihat langkahnya makin mantap...lalu coach pilih untuk masuk tempur putera solo.


Aku senyum lihat dia. Tidak lagi dengar dia mengamuk dikelas. Mungkin dah puas teriak memberi arahan waktu latihan.


Moga terus dengan langkah pendekar..budak kelantan.


Published with Blogger-droid v2.0.3

Wednesday, March 21, 2012

MC

Harini cikgu MC, agaknya apa anak-anak murid buat...

Pastinya...

.
.
.
.

Thursday, March 8, 2012

Taiko kecil


Yang sedang berdiri di tengah tu, pelajar kecil yang semakin "cheeky". Dia bukan "Teacher's pet" tap[i sebagai manusia, kadangkala guru akan tertarik pada seseorang pelajar..kerana sebab-sebab tertentu. Pelajar ni licik dan penuh tenaga. Dia tidak takut dengan sesiapa walaupun tubuhnya tak setinggi pelajar lain.

Sesekali dia tidak akan membenarkan pelajar lain membulinya, kelincahan adalah milik dia. Walupun kadangkala nampak sangat dia sukar nak melepaskan diri bila ada pelajar yang lebih besar cuba nak bergelut dengan dia, tapi dia tetap lepas, gelut dan menepis.

Siapa dia? ada dalam entri sebelum ini.