Galah panjang kini didalam sukatan pelajaran PJK |
Masa karnival sukan, tahun ni dua acara baru diperkenalkan, iaitu galah panjang dan batu seremban. Aku rasa amat gembira bila melihat galah panjang menjadi salah satu acara, teringat permainan ni masa kanak-kanak dulu rasa gembira sangat.
Tapi pelajar sekarang, galah panjang dan batu seremban, kena diajar dan ada sukatannya dalam PJK. kelakar kan. tapi itulah kenyataannya. Dan melihat mereka bermain sungguh-sungguh memang amat menyeronokkan, melihat mereka gembira pun dah satu kepuasan.
Namun, ada juga beberapa pelajar nerd yang sekadar duduk dipadang, mereka ni berkaca mata dan menyendiri. Bagi aku evolusi komputer menghasilkan pelajar begini, dan mereka ni mangsa keadaan. Pelajar-pelajar nerd ni akan bermasalah dalam sosial dan juga akan lemah dari segi beberapa motor skil. Mereka cuma menggunakan jari hanya untuk menaip komputer, selalunya mereka akan bermasalah diperingkat awal dengan penggunaan komputer, jari mereka mudah lemah, akibatnya mereka malas menulis dan tidak gemar membuat nota. Harus diingat, menulis nota dan latihan masih lagi menjadi kaedah pembelajaran, lantas menyebabkan mereka mudah bosan, maaf penggunaan laptop setiap pelajar dikelas belum menjadi kenyataan di Malaysia, mahu atau tidak mereka harus mengikut arus kini, lalu mereka inilah yang selalu menjadi pelajar bermasalah disekolah.
Ibu-bapa harus galakkan pelajar bermain, umur kanak-kanak mereka harus bermain, remaja pula mereka akan belajar membentuk perwatakan.
Beri kanak-kanak ini padang dan mereka akan gembira, malah belajar berkomunikasi, belajar erti kepimpinan. Tapi beri mereka pc, mereka akan belajar menjadi menyendiri.
macam anak angah dah mula main tomoi
ReplyDelete