Friday, June 17, 2011

Prosedur nak pindah sekolah

Ramai ibu bapa mengeluh bila proses nak pindahkan anak dari satu sekolah ke sekolah yang lain. Sebenarnya senang saja, kalau tahu prosedur, walaupun penat, tapi sekurang-kurangnya sekali saja buat dan selesaikan.

Anda akan menyukarkan diri anda dan juga pihak sekolah, andainya anda memindahkan anak anda hanya dengan proses di Jabatan Pelajaran. Anda perlu melalui pihak sekolah dahulu, jika tidak mahu sebarang kesulitan yang lain timbul. Kerana untuk pengetahuan anda, tak semua Pejabat pelajaran rajin nak memaklumkan pada pihak sekolah. Andalah yang bernasib malang, kerana apabila pihak sekolah tidak dimaklumkan, maklumat anak anda akan tergantung statusnya disekolah lama, dan anda mungkin akan menerima surat buang sekolah dari sekolah lama.

Pertama, ambil borang pindah dari sekolah, sila jangan lompat langkah ini. Apabila anda mengambil borang pindah dari sekolah, mengisi maklumat-maklumat anda, satu senarai semak untuk mengambil dokumen-dokumen anak anda disekolah juga akan disertakan. Dan dalam masa yang sama, waktu ini, pihak kerani akan menyediakan surat permohonan pindah yang perlu anda bawa ke Jabatan Pelajaran Daerah.

Kedua, Minta anak anda ambil semua dokumen-dokumen dia dari guru-guru yang berkenaan:

Guru Kelas:Fail profile pelajar, buku rawatan kesihatan, kad kemajuan (bergantung pada sesetengah sekolah)

Guru Sejarah: Folio Sejarah
Guru Geografi: Folio Geografi
Guru K.Hidup: Folio Kemahiran Hidup
Guru Bahasa Inggeris: Ujian PLBS
Guru Bahasa Melayu: Ujiam PLBS
Guru P.Islam: Borang PAFA
Guru Sains: Fail PEKA

Lengkap kesemua ini, bermaksud anda telah memberi kerjasama yang baik pada pihak sekolah.

Ketiga, setelah surat permohonan pindah dari pihak sekolah siap, sila ambil dari kerani, pastikan ambil dalam kadar segera, supaya surat anda tidak hilang. Bawa surat ni ke Jabatan pelajaran, unit sekolah menengah, bagi yang sekolah menengah. Dan..anda akan diarahkan mengisi borang, sekolah mana anda kehendaki.

Keempat, sila hubungi sekolah yang dikehendaki atau datang sendiri kesekolah itu, untuk memastikan sekolah ini mempunyai kekosongan dan anak anda boleh ditempatkan disini. Sekiranya pengetua mengatakan anak anda boleh diterima, maklumkan kembali kepada pihak Jabatan.

Kelima, maklumkan kepada pihak sekolah lama, yang anak anda telah diterima masuk kesekolah yang baru, pihak sekolah akan menyediakan surat makluman perpindahan beserta senarai semak dokumen yang dibawa ke sekolah baru.

Sekian, selamat mengharungi hidup baru disekolah baru...hehe. Tolong awasi anak anda, kerana kes buli pelajar baru adalah perkara biasa di semua sekolah di Malaysia. Dan meadaptasi situasi baru disekolah, bukan lah perkara mudah bagi pelajar, ada pelajar yang kecundang pada tahap ini dan menjadi remaja yang bermasalah hanya kerana kes perpindahan sekolah.

Harap maklum, prosedur ini tepat 100% untuk sekolah menengah, setiap dokumen mungkin berbeza mengikut tahap menengah rendah dan menengah atas. Namun prosedur dari Sekolah ke Jabatan Pelajaran adalah prosedur tetap yang harus dilalui, kecualilah kalau anda adalah Ketua Jabatan Pelajaran Negeri.

58 comments:

  1. selalunya proses ni ambil masa yang panjang atau tidak?

    ReplyDelete
  2. Bagaimana pindah sekolah kalau pendaftaran untuk darjah 1 sudah dibuat untuk sekolah A tetapi sekarang mahu tukar ke sekolah B (negeri lain kerana pindah rumah)? Anak hanya bermula darjah 1 pada tahun 2015/

    ReplyDelete
  3. Hai, saya Nazmi, saya ingin berpindah ke sekolah baru. Berdasarkan pernyataan di bawah ini

    Keempat, sila hubungi sekolah yang dikehendaki atau datang sendiri kesekolah itu, untuk memastikan sekolah ini mempunyai kekosongan dan anak anda boleh ditempatkan disini. Sekiranya pengetua mengatakan anak anda boleh diterima, maklumkan kembali kepada pihak Jabatan.

    Kelima, maklumkan kepada pihak sekolah lama, yang anak anda telah diterima masuk kesekolah yang baru, pihak sekolah akan menyediakan surat makluman perpindahan beserta senarai semak dokumen yang dibawa ke sekolah baru.

    jika tiada kekosongan di sekolah yg ingin saya pindah tu apa patut saya lakukan? Boleh hantarkan jawapan pada emel sya nazmi_nonsense@yahoo.com. Terima kasih

    ReplyDelete
  4. Macam mana nak pindah kan anak dari kv ke smk hari biasa ? Mohon jawab soalan saya . Email : rosminahrazalir@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puan, boleh saya tahu mcm mana ye? Saya menghadapi masalah ini skrg.

      Delete
  5. Kalau x ade kekosongan cam mne
    Saye budak pt3

    ReplyDelete
  6. kita berpindah dari Negeri A ke Negeri B. Kita berjumpa dengan Pengetua sekolah Negeri B dan telah disahkan ada kekosongan tetapi kelulusan masuk sekolah masih terletak ba PPD Sekolah B. Jadi, saya tidak berapa setuju dengan perkara ke-4. Walaupun ada surat rekomendasi dari Pengetua Sekolah B. Mohon pencerahan ....

    ReplyDelete
  7. kita berpindah dari Negeri A ke Negeri B. Kita berjumpa dengan Pengetua sekolah Negeri B dan telah disahkan ada kekosongan tetapi kelulusan masuk sekolah masih terletak ba PPD Sekolah B. Jadi, saya tidak berapa setuju dengan perkara ke-4. Walaupun ada surat rekomendasi dari Pengetua Sekolah B. Mohon pencerahan ....

    ReplyDelete
  8. Apakah yang perlu dibuat jika sekolah tiada kekosongan ?

    ReplyDelete
  9. Klau nk pindah antara negeri... kena pergi jpn ke ppd.. tolong jelaskan.... klau boleh sila hntar ke wassap saya 0179003402.

    ReplyDelete
  10. Klau nk pindah antara negeri... kena pergi jpn ke ppd.. tolong jelaskan.... klau boleh sila hntar ke wassap saya 0179003402.

    ReplyDelete
  11. Mcm mana kalau pelajar tingkatan 5 dpd sbp mahu ke smk?Ada kah prosesnya sama sahaja?lama x proses utk berpindah?mohon penjelasan.saya pelajar tingkatan 5 yang mahu pindah awal ke sekolah smk sebelum spm pd tahun ini.

    ReplyDelete
  12. Dalam borang tu ada mintak alamat rumah.. kena letak alamat pindah rumah baru atau rumah lama??

    ReplyDelete
  13. mcm mna nk pndah dri kv ke kv lain yg berlainan negeri... nk kena jmpa jpn ke bptv... mhon perjelasan

    ReplyDelete
  14. mcm mna nk pndah dri kv ke kv lain yg berlainan negeri... nk kena jmpa jpn ke bptv... mhon perjelasan

    ReplyDelete
  15. semasa pergi ke jabatan pendidikan, adakah wajib bawa bersama pelajar yang hendak menukar sekolah itu?? terima kasih

    ReplyDelete
  16. Jika kelas lama saya mempunyai aliran komputer..dan tukar sekolah adakah nnti sekolah baru tu akan kasi saya kelas komputer juga.

    ReplyDelete
  17. bagaimana prosedur pertukaran dari KOLEJ VOKASIONAL ke SEKOLAH MENENGAH HARIAN BIASA (SMK)

    ReplyDelete
  18. Cikgu..macammana nak ambil borang tue dr ppd ke dr sekolah lama @ dr sek yg berkenaan yg kita mohon berpindah

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. saya nak pindah drpd sbpi ke smk. saya dah hantar surat rasmi permohonan pertukaran skola ke pejabat sbpi. mereka maklumkan yang surat dan borang sudahpun dihantar ke ppd dan saya da jalani kaunseling 3 kali. tetapi surat kamlumbalas drpd ppd tak sampai2. saya dah tunggu 2 bulan di sekolah ni. dan bulan lepas mak saya call ppd tanya berkenaan surat tu tapi mereka kata mereka masih belum menerima surat drpd sekolah saya. mak saya call pejabat sekolah saya pula dan mereka kata surat tu ambil masa untuk dihanta. sara x faham kenapa sekolah ni susah sangat nk bagi saya pindah. saya comment ni pun guna komputer sekolah. sesungguhnya saya sangat x sabar nk pindah. nak balik susah. hari2 penat. saya fedup.saya x tahu ape yang saya perlu lakukan. perlukah saya pergi sendiri ke pejabat berjumpa pkhem dan bertanya pasal surat tu?

    ReplyDelete
  21. Boleh tak kalau dari sekolah A pindah ke sekolah B.Lepas 2 tahun nak pindah balik sekolah A?

    ReplyDelete
  22. bagaimana prosedure nak pindah anak dari sek men teknik ke sek men aliran biasa sebab anak tidak dppat mengikuti subjek LUKISAN KEJURUTERAAN AWAM

    ReplyDelete
  23. Bagaimana prosedure pertukaran sekolah dari sekolah menengah agama ke kolej vokasional ? Sebab dalam sistem online keluar "calon tidak dapat mengakses sistem,mohon kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid(APDM) melalui Guru Kelas di SMK" Kiranya kena buat pertukaran ke sekolah menengah harian dahulu,kemudian baru boleh daftar kemasukkan ke kolej vokasional ?

    ReplyDelete
  24. Borang pindah kene hantr dkt JPN kan utk tnda tngn kan

    ReplyDelete
  25. Nak tnya kalau kita baru je pindah sekolah 2 minggu lepastu kita nak pindah balik ke sekolah lama boleh ke..??

    ReplyDelete
  26. Nak tnya kalau kita baru je pindah sekolah 2 minggu lepastu kita nak pindah balik ke sekolah lama boleh ke..??

    ReplyDelete
  27. Nak tnya kalau kita baru je pindah sekolah 2 minggu lepastu kita nak pindah balik ke sekolah lama boleh ke..??

    ReplyDelete
  28. Kalau tukar sekolah harian ke sekolah asrama harian macam ni jugak ke prosedur dia.... please reply urgent ni

    ReplyDelete
  29. TLG jawab, kalau nak pindah dari kv ke KV yg lain MCM mana cara nya ye?

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  32. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  33. result exam pertengahan pon die mintak ke?

    ReplyDelete
  34. Blh kh klw kita bru shja pndh ke skolah bru slps bbrp mnggu n then pindah blik ke skolah lama?

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum,apa jadi jika tiada sijil pt3 kerana hilang?

    ReplyDelete
  36. Mohon bertanya...prosedur ketiga tu..merujuk kepada pejabat pelajaran daerah sekolah terkini ke atau pejabat pelajaran daerah yang hendak di pindahkan sekolah ataupun pejabat pelajaran negeri... saya kurang pemahaman di sana....terima kasih

    ReplyDelete
  37. Anak sudah dpt penepatan skolah, tapi sy nk berpindah ker kawasan lain tapi masih di negeri yg sama, masalah skang, perlu ker sy bawa anak sy ker skolah yg dpt untuk hari orientasi darjah 1,ataupun sy tunggu selesai tukar skolah, baru sy hantar anak ke skolah baru yg dipohon, silap reply sis. Thanks u

    ReplyDelete
  38. Anak saya dibuli kt skolah. Dia form4, next year form5. Dia byk kali tak dtg sebab takut. Boleh pindah sekolah tak tapi dia f5 next year? Sy risau sbb markah dia semakin merosot dan berat badan dh susut 3kg sbb stress. Pls reply as soon as possible

    ReplyDelete
    Replies
    1. try suh anak masuk persatuan silat or taekwando atau kalari payat(klu ado) kt skolah..bg anak rasa cergas,sihat dan paling penting keyakinan diri...

      Delete
  39. Mcm mana klau anak dri sbp agama nak pindah ke sekolah harian ? Adakah prosuder dia sama?

    ReplyDelete
  40. Mcm mana kalau dari kv nk tukar ke sekolah harian balik ambik masa yg lama ka?

    ReplyDelete
  41. Mcm mana kalau dari kv nk tukar ke sekolah harian balik ambik masa yg lama ka?

    ReplyDelete
  42. Macamana nak buat pertukaran dari kolej vokay ke kolej vokay yg lain

    ReplyDelete
  43. Boleh ka pelajar sendiri yang urus dan bukan ibu bapa?

    ReplyDelete
  44. macam mana pula pelajar sbp nak pindah smk?

    ReplyDelete
  45. Mcm mana nak tukar dr smk ke maahad ni .....prosedurnya camne dan kelayakan nya ape ye

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum, saya nak tanya..
    Macamana proses kalau anak dari sekolah biasa nak masuk ke sekolah asrama..
    Anak skng form 2.. ada ke asrama biasa yg boleh masuk.

    ReplyDelete
  47. macamana cara nak tukar kv ke Kv negeri lain. baru sekolah 2minggu. anak xserasi.

    ReplyDelete
  48. Kalau pengetua tiada di sekolah,adakah kita masih boleh mengambil surat pindah sekolah

    ReplyDelete
  49. Sekiranya pindah sekolah tapi nak berjumpa dengan pengetua boleh kah

    ReplyDelete
  50. Anak saya baru berpindah ke sekolah di kampung(asrama)bulan12 tahun 2022.Selepas cuti akhir tahun,masuk asrama kembali tapi ada kes buli anak saya...sblm ni pun ada tapi sudah beritahu warden.Ingat ada tindakan..rupanya masuk kembali warden masih letak satu dorm dgn anak saya.Sangat kecewa anak sy asyik menangis tak mahu sekolah di situ lagi.Jika tukar sekolah tetapi anak saya tidak ke sekolah buat sementara boleh ke?tunggu panggilan sekolah yang baru?

    ReplyDelete